Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang berteraskan ‘Pondok Moden’ dan merupakan Pusat Pengajian Tahfiz yang dibuka kepada golongan perempuan remaja dan dewasa dari usia 10 tahun sehingga 25 tahun.
Pengenalan PT Sharif Hidayatullah,
Objektif.
Kemdahan disediakan.
Aktiviti dijalankan.
Pendahuluan
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini merupakan sebuah Pusat Pendidikan Agama Islam yang
didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor pendaftaran 202003084289 (003095028-X).
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang berteraskan ‘Pondok Moden’ dan merupakan Pusat Pengajian Tahfiz yang dibuka kepada golongan
perempuan remaja dan dewasa dari usia 10 tahun sehingga 25 tahun. Pusat ini dibangunkan dengan unsur-unsur akademik, keimanan, ketaqwaan, dan pengetahuan demi melahirkan hamba ALLAH yang bertaqwa dan memahami agama dengan landasan yang benar mengikut Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini ditadbir oleh Ustazah ‘Atikah Binti Bahrin sebagai Mudirah yang dilantik dan dibantu oleh Ustazah Nur Wahurul Ain Binti AmirulMu’minin sebagai Timbalan Mudirah. Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini diasaskan oleh Puan Che Hasnah Binti Ismail sebagai penaung besar dan Pengerusi yang dilantik adalah Ustazah Che Asmayani Binti Mohd Zain.
Sepanjang tempoh pergerakkan kawalan di laksanakan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas online secara percuma kepada muslimat. Kuliah ini melibatkan pengajian Tajwid, Bahasa Arab, Feqah dan Adab. Bagi pengajian feqah, kitab yang digunakan adalah Risalah Al Jamiah. Manakala bagi pengajian adab pula, kitab yang digunakan adalah Ta’alim Muta’allim. Dan sepanjang tempoh bulan Ramadhan, Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah telah melaksanakan Program Tadarus Al Quran selama 1 bulan. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah akan beroperasi sepenuhnya setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakkan.
Visi
Ke arah melahirkan muslim yang berilmu, berakhlak mulia, generasi hamilul quran yang berjiwa da'ie, dan menyedari tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang pelajar Al-Quran dan Hamba Allah berjiwa hamba dan sufiyah.
Misi
Membangunkan modal insan dalam mengamalkan budaya cemerlang melalui usaha-usaha peningkatan yang berterusan dalam melahirkan individu yang teguh kepada akidah dan syariah islam, berilmu, berketrampilan serta berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam mengimbangi prestasi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.
Motto
Pelihara Lisan Dengan Al Quran, Cerminan Keperibadian
Nombor pendaftaran - 202003084289 (003095028-X).
Objektif Penubuhan
- Membantu melahirkan ramai individu celik Al-Quran agar mereka berpeluang
meningkatkan kemahiran serta berupaya kembali kepada masyarakat untuk
menyumbang ilmu dan tenaga bagi membantu masyarakat celik Al-Quran. - Melahirkan golongan hafizah yang berkelayakan profesional serta menguasai
teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan. - Melahirkan generasi yang menguasi ilmu yang seimbang dari sudut
Akademik, Islamik dan Tahfiz agar pelajar berfikiran luas dari segenap bidang
yang diceburi. - Melahirkan generasi Rabbani berjiwa Hamba yang mengenal Allah dan Rasulnya.
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah menyediakan,
✓ Ruang kelas yang selesa
✓ Ruang Solat (surau) khas
✓ Bilik Asrama yang selesa
✓ Ruang dapur untuk aktiviti memasak
✓ Ruang Riadah
✓ Taman Sayuran
✓ Ruang Kelas Umumi
✓ Ruang Dewan Makan
#Aktiviti
JENIS AKTIVITI DIJALANKAN
✓ Pengajian tetap (Tahfiz & Pondok)
✓ Kelas Belajar Qasidah
✓ Kelas Memanah
✓ Kelas Mengaji Al Quran (Kanak-Kanak & Remaja)
✓ Aktiviti Pertanian dan Penternakkan
✓ Kelas Umumi (Awam)
✓ Majlis Maulid/Daurah
Pengajian
Pondok Moden

Sistem pembelajaran yang digunakan memastikan pelajar berpeluang menumpukan fokus ilmu agama & menghafal al Quran dalam tempoh masa 3 tahun, insyaAllah
Pendaftaran pelajar baru dan sesi lawatan boleh dibuat dengan menghubungi pihak pengurusan.
Tenaga Utama
Pengurusan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah


Sumbangan
Dana Keperluan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
Dana Pengurusan
Pihak pengurusan sentiasa memastikan kebajikan pelajar adalah dalam keadaan baik selain dari pengurusan keseluruhan yang lancar. Cabaran bagi pihak pengurusan untuk memastikan dana adalah mencukupi setiap bulan. Dana Pengurusan digunakan bagi menampung bayaran kos sewa, elektrik, air, bahan mentah dan pembelajaran pelajar.
Dana Pelajar
Keselesaan dan keperluan pelajar untuk berada di Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah dari masa ke semasa ditambah baik, dengan harapan para pelajar dapat memberi tumpuan penuh dalam pengajian mereka. Dana Pelajar digunakan bagi menampung sebarang kos pembelian aktiviti dan alatan kegunaan peribadi pelajar.
Pihak pengurusan mengucapkan syukur dan terima kasih atas segala bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan. Alhamdulillah & Terima kasih.
Hubungi kami
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
- No. 517, Lorong Ria Mesra 28, Kampung Batu 5, 08300 Gurun, Kedah
- mtsharifhidayatullah@gmail.com
- +60164766694
