No.1195, Jalan Prima 36, Residensi Pr1ma Puteri Jaya 2, 08000 Sungai Petani, Kedah
Ya. Pusat Tahfiz ini buat sementara waktu ini hanya dibuka kepada pelajar Muslimat/Banat/Perempuan/Wanita sahaja. Insha ALLAH kedepan sekiranya ada rezeki lebih mungkin akan dibukakan kepada pelajar Muslimin/Lelaki/Banin.
Yuran pengajian adalah termasuk Yuran Pendaftaran (TAHUNAN), Yuran Asrama (TAHUNAN) dan Yuran Bulanan. Bagi perincian jumlah yuran ini, Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian +60164766694
Ya. Buat masa ini pendaftaran hanya dibuka bagi peringkat umur di atas. Sekiranya berumur lebih dari 25 tahun, tetapi memiliki kesungguhan untuk menuntut ilmu maka Tuan/Puan boleh terus menghubungi kami untuk berbincang. Syarat harus benar-benar tekun ingin belajar. Bagi yang berusia bawah 15 tahun buat masa ini, kami tidak menerima.
Selain daripada pengajian Tahfiz Al Quran 30 Juzuk, pelajar juga akan didedahkan kepada sistem pengajian berasaskan kitab thurath dalam mempelajari ilmu Fardhu ‘Ain (Tauhid, Fiqh & Tasawuf). Pelajar juga turut akan didedahkan kepada ilmu kebolehpasaran kerjaya sebagai bonus tambahan terhadap kemahiran pelajar.
Selain dari Hafazan Al Quran dan Kitab antara ilmu lain yang akan dipelajari merangkumi subjek Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Adab & Akhlak, Ilmu Tajwid dan Al Quran, Sirah, Aktiviti Kokurikulum, dan Teknologi Maklumat & IT.
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah setakat ini hanya berdaftar di bawah NGO HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH disebabkan belum memenuhi syarat kelayakkan untuk berdaftar di bahawa JAIK.
Insha ALLAH boleh sekiranya Pusat Tahfiz menganjurkan kuliah umum/awam dimana maklumat sebaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Tetapi tidak dibuka untuk pengajian tetap.
Selain dari pengajian agama, pelajar di Pusat Tahfiz ini juga akan dikenalkan dengan ilmu kemahiran seperti ilmu teknologi maklumat dan beberapa ilmu asas yang lain bagi menambah ilmu pengetahuan para pelajar untuk terus bersaing di masa akan datang.
Ya. Pusat Tahfiz ini menyediakan aktiviti kokurikulum iaitu Kelas Memanah dan Kelas Qasidah sebagai aktiviti tambahan kepada pelajar.
Pelajar boleh menyambung pengajian ke mana-mana institusi pengajian swasta dan boleh juga menyambung ke mana-mana madrasah untuk menyambung pengajian berkitab. Selebihnya itu adalah urusan ALLAH S.W.T yang mana ianya di luar bidang kuasa pihak kami sebagai hamba ALLAH.
YA. Untuk mendaftar di Pusat Tahfiz ini, pemohon dikehendaki mengisi borang permohonan di laman sesawang ini. Hanya pemohon yang layak dengan maklumat lengkap sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Dan hanya yang layak sesi temuduga sahaja yang akan meneriwa surat tawaran kemasukkan.