No. 517, Lorong Ria Mesra 28, Kampung Batu 5, 08300 Gurung, Kedah

Ya. Pusat Tahfiz ini buat sementara waktu ini hanya dibuka kepada pelajar Muslimat/Banat/Perempuan/Wanita sahaja. Insha ALLAH kedepan sekiranya ada rezeki lebih mungkin akan dibukakan kepada pelajar Muslimin/Lelaki/Banin.

Yuran pengajian adalah termasuk Yuran Pendaftaran (TAHUNAN), Yuran Asrama (TAHUNAN) dan Yuran Bulanan. Bagi nilai yuran ini, Tuan/Puan boleh menghubungi kami di talian +60164766694

Ya. Buat masa ini pendaftaran hanya dibuka bagi peringkat umur di atas. Sekiranya berumur lebih dari 25 tahun, tetapi memiliki kesungguhan untuk menuntu ilmu maka Tuan/Puan boleh terus menghubungi kami untuk berbincang. Syarat harus benar-benar tekun ingin belajar. Bagi yang berusia bawah 10 tahun buat masa ini, kami tidak menerima.

Pengajian di Pusat Tahfiz ini terdapat dua aliran. Iaitu alirah TAHFIZ SEPENUH MASA dan PONDOK MODEN.

Pengajian pondok moden ini adalah dimana pelajar diwajibkan menghafaz Juz ‘Amma dan beberapa surah pilihan sahaja dan selebihnya adalah tertumpu kepada pengajian berkitab sahaja.

Selain dari Hafazan Al Quran bagi aliran Tahfiz, dan Kitab bagi aliran Pondok yang merangkumi subjek Tauhid, Feqah, Tasawwuf, Adab & Akhlak, Ilmu Tajwid dan Al Quran, Sirah dan Aktiviti Kokurikulum.

Bagi pengajian pondok, tiada had masa di mana pelajar boleh duduk dan mengaji sehingga benar-benar faham dan mendalami semua ilmu. Manakala bagi aliran tahfiz, pelajar perlu menghafaz 30 Juz Al Quran dalam masa 3 tahun (Setahun 10 Juz). Peperiksaan hanya ada bagi pengajian Tahfiz sahaja.

Pusat Tahfiz didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor pendaftaran 202003084289 (003095028-X). Dan di dalam proses untuk berdaftaran di bawah NGO HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH.

Insha ALLAH boleh sekiranya Pusat Tahfiz menganjurkan kuliah umum/awam dimana maklumat sebaran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.Tetapi tidak dibuka untuk pengajian tetap.

Selain dari pengajian agama, pelajar di Pusat Tahfiz ini juga akan dikenalkan dengan ilmu kemahiran seperti bertani, menternak, memasak, pemasaran dan ilmu teknologi maklumat dan beberapa ilmu asas yang lain bagi
menambah ilmu pengetahuan para pelajar untuk terus bersaing di masa akan datang.

Ya. Pusat Tahfiz ini menyediakan aktiviti kokurikulum iaitu Kelas Memanah dan Kelas Qasidah sebagai aktiviti tambahan kepada pelajar.

Ya untuk mendaftar di Pusat Tahfiz ini, pemohon dikehendaki menngisi borang permohonan di lama web ini kemudian memuat turun borang pendaftaran dan diisi lengkap serta melampirkan dokumen yang dinyatakan di dalam borang tersebut. Pihak Pusat Tahfiz ini menghubungi pemohon untuk menghadiri temuduga dan pemohon diwajibkan membawa bersama borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diminta. Hanya pemohon yang layak temuduga sahaja yang akan diterima masuk