Pendahuluan

Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini merupakan sebuah Pusat Pendidikan Agama Islam yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor pendaftaran 202003084289 (003095028-X).

Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang berteraskan ‘Pondok Moden’ dan merupakan Pusat Pengajian Tahfiz yang dibuka kepada golongan perempuan remaja dan dewasa dari usia 10 tahun sehingga 25 tahun. Pusat ini dibangunkan dengan unsur-unsur akademik, keimanan, ketaqwaan, dan pengetahuan demi melahirkan hamba ALLAH yang bertaqwa dan memahami agama dengan landasan yang benar mengikut Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini diasaskan oleh Ustazah ‘Atikah Binti Bahrin selaku Mudirah bagi Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah dan dibantu oleh Che Hasnah Ismail selaku Penaung Ahli Lembaga Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah.

Cadangan pendaftaran pusat pengajian ini bermula sejak awal bulan Mac 2020. Namun disebabkan di saat itu berlakunya penularan wabak Virus Covid-19 maka segala urusan pendaftaran dan pembukaan terpaksa ditangguhkan sehingga tamat Perintan Kawalan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia. Pendaftaran melalui SSM telah dibuat pada 16 April
2020. Sepanjang tempoh pergerakkan kawalan di laksanakan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan kelas online secara percuma kepada muslimat. Kuliah ini melibatkan pengajian Tajwid, Bahasa Arab, Feqah dan Adab. Bagi pengajian feqah, kitab yang digunakan adalah Risalah Al Jamiah. Manakala bagi pengajian adab pula, kitab yang digunakan adalah Ta’alim Muta’allim. Dan sepanjang tempoh bulan Ramadhan, Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah telah melaksanakan Program Tadarus Al Quran selama 1 bulan. Dan Alhamdulillah dengan izin Allah Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah akan beroperasi sepenuhnya setelah tamat Perintah Kawalan Pergerakkan.

Pusat Tahfiz Sharif  idayatullah ini dimulakan dan beroperasi sepenuhnya sekarang di Taman Ria Mesra 2, Gurun. Fokus utama bagi Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah pengajian pondok, pengajian tahfiz, pengajian kitab umumi dan juga pengajian mengaji Al Quran bagi kanak-kanak di sekitar Taman Ria Mesra 2. Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah beralamat
sementera di No. 517, Lorong Ria Mesra 28, Kampung Batu 5, 08300 Gurun, Kedah. Kini, pusat tahfiz tersebut telah dan sedang beroperasi dengan bantuan seorang muallimah, seorang pembantu muallimah (bahagian pengoperasian) dan pelajar seramai 2 orang.

Secara kesimpulannya, di harap penubuhan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini dapat memberikan peluang kepada para wanita dari golongan remaja dan dewasa di luar sana untuk lebih memahami agama dengan landasan yang benar mengikut jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi cabaran akhir zaman yang kian mencabar di saat ini.