Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang menyediakan pengajian Tahfiz Al Quran Berkitab, Kuliah Umumi, dan Mengaji Al Quran bagi Kanak-Kanak. Pengajian Tahfiz di sini bukan sekadar hafazan Al Quran namun ditambah dengan Pengajian Kitab Thurath (Fardhu 'Ain).
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
Pelihara Lisan
Dengan Al Quran
Cerminan Keperibadian
Pendahuluan
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini merupakan sebuah Pusat Pendidikan Agama Islam yang didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengikut Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan nombor pendaftaran 202003084289 (003095028-X) dan juga Pertubuhan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah dengan nombor pendaftaran PHK160/20.
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah sebuah pusat pengajian Islam yang berteraskan ‘Pengajian Tahfiz Berkitab’ dan merupakan Pusat Pengajian Tahfiz yang dibuka kepada golongan perempuan dari usia 15 tahun sehingga 25 tahun. Pusat ini dibangunkan dengan unsur-unsur akademik, keimanan, ketaqwaan, dan pengetahuan demi melahirkan hamba ALLAH yang bertaqwa dan memahami agama dengan landasan yang benar mengikut Aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dan Mazhab Imam Syafi’e. Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini ditadbir oleh Ustazah ‘Atikah Binti Bahrin sebagai Mudirah yang dilantik.
Fokus utama bagi Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini adalah Pengajian Tahfiz Berkitab Asas Fardhu ‘Ain, Pengajian Kitab Umumi (penduduk berdekatan) dan juga Pengajian Mengaji Al Quran bagi kanak-kanak di sekitar. Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah pada awal pembukaannya adalah di alamat No. 517, Lorong Ria Mesra 28, Kampung Batu 5, 08300 Gurun, Kedah. Kemudiaan berpindah pada tahun 2023 ke alamat sementara di No. 1195, Jalan Prima 36, Residensi Pr1ma Puteri Jaya 2, 08000 Sungai Petani, Kedah
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah telah mula beroperasi pada Mac 2020 dengan jumlah pelajar seramai 1 orang dan 1 orang guru. Sehingga kini Tahun 2022 jumlah pelajar telah bertambah menjadi seramai 11 orang dan 4 orang guru. Pelajar kami datang dari negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Selangor. Dan ada dikalangan para pelajar kami ini datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang mana mereka tidak mampu membayar yuran asrama namun semangat untuk menuntut ilmu mereka sangat tinggi.
Secara kesimpulannya, diharapkan penubuhan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah ini dapat memberikan peluang kepada para muslimah dari golongan remaja dan dewasa di luar sana untuk lebih memahami agama dengan landasan yang benar mengikut jalan Ahlul Sunnah Wal Jamaah bagi menghadapi cabaran akhir zaman yang kian mencabar di saat ini.
Visi
Ke arah melahirkan muslim yang berilmu, berakhlak mulia, generasi hamilul quran yang berjiwa da'ie, dan menyedari tanggungjawab sebenar mereka sebagai seorang pelajar Al-Quran dan Hamba Allah berjiwa hamba dan sufiyah.
Misi
Membangunkan modal insan dalam mengamalkan budaya cemerlang melalui usaha-usaha peningkatan yang berterusan dalam melahirkan individu yang teguh kepada akidah dan syariah islam, berilmu, berketrampilan serta berakhlak mulia berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah dalam mengimbangi prestasi kecemerlangan duniawi dan ukhrawi.
Motto
Pelihara Lisan Dengan Al Quran, Cerminan Keperibadian
NOMBOR PENDAFTARAN HAL EHWAL SEKOLAH AGAMA NEGERI KEDAH (HESA)
PHK160/20
Objektif Penubuhan
- Membantu melahirkan ramai individu celik Al-Quran agar mereka berpeluang meningkatkan kemahiran serta berupaya kembali kepada masyarakat untuk menyumbang ilmu dan tenaga bagi membantu masyarakat celik Al-Quran.
- Melahirkan golongan hafizah yang berkelayakan profesional serta menguasai teraju kepentingan agama, bangsa dan negara di masa hadapan.
- Melahirkan generasi yang menguasai ilmu yang seimbang dari sudut Akademik, Islamik dan Tahfiz agar pelajar berfikiran luas dari segenap bidang yang diceburi.
- Melahirkan generasi Rabbani berjiwa Hamba yang mengenal ALLAH dan RasulNya.
KEMUDAHAN DISEDIAKAN
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah menyediakan,
✓ Ruang kelas yang selesa dan luas
✓ Ruang Solat
✓ Bilik Asrama untuk Rehat
✓ Ruang dapur
✓ Kawasan berpagar 24 jam
✓ Bangunan tahfiz berada dalam kawalan keselamatan yang ketat
#Aktiviti
JENIS AKTIVITI DIJALANKAN
✓ Pengajian tetap (Tahfiz)
✓ Kelas Mengaji Al Quran (Kanak-Kanak & Remaja)
✓ Kelas Umumi (Awam)
✓ Majlis Maulid/Daurah
Pengajian
TAHFIZ BERKITAB
SECARA HARIAN & ASRAMA
Selain daripada pengajian Tahfiz Al Quran 30 Juzuk, pelajar juga akan didedahkan kepada sistem pengajian berasaskan kitab thurath dalam mempelajari ilmu Fardhu 'Ain (Tauhid, Fiqh & Tasawuf). Pelajar juga turut akan didedahkan kepada ilmu kebolehpasaran kerjaya sebagai bonus tambahan terhadap kemahiran pelajar.
Pendaftaran pelajar baru dan sesi lawatan boleh dibuat dengan menghubungi pihak pengurusan.
Tenaga Utama
Pengurusan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
Sumbangan
Dana Keperluan Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
Dana Pengurusan
Pihak pengurusan sentiasa memastikan kebajikan pelajar adalah dalam keadaan baik selain dari pengurusan keseluruhan yang lancar. Cabaran bagi pihak pengurusan untuk memastikan dana adalah mencukupi setiap bulan. Dana Pengurusan digunakan bagi menampung bayaran kos sewa, elektrik, air, bahan mentah dan pembelajaran pelajar.
Dana Pelajar
Keselesaan dan keperluan pelajar untuk berada di Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah dari masa ke semasa ditambah baik, dengan harapan para pelajar dapat memberi tumpuan penuh dalam pengajian mereka. Dana Pelajar digunakan bagi menampung sebarang kos pembelian aktiviti dan alatan kegunaan peribadi pelajar.
Pihak pengurusan mengucapkan syukur dan terima kasih atas segala bentuk sumbangan dan bantuan yang diberikan. Alhamdulillah & Terima kasih.
Hubungi kami
Pusat Tahfiz Sharif Hidayatullah
- NO. 1195, JALAN PRIMA 36, RESIDENSI PR1MA PUTERI JAYA 2, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN
- mtsharifhidayatullah@gmail.com
- +60164766694